ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Selamat datang ke blog TERNAKAN IKAN.Disini saya sekadar ingin mengisi ruang maklumat berkaitan informasi penternakan ikan yang mempunyai potensi untuk melahirkan lebih ramai golongan yang berminat dalam bidang ini.Saya juga mengalu-alukan penyertaan anda dalam menyumbangkan sebarang artikel atau maklumat yang berkaitan dengan penternakan ikan di malaysia dengan mengemailkanya kepada saya.

Sekian.Terima Kasih
NORHAN
jomhantar@gmail.com
Posted by Admin. on 11:11 AM

29 Januari, 2007 10:57 AM

PASARAN KOMERSIAL… Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Junaidi Che Ayob (kanan) melihat ikan kerapu yang diternak di dalam akuarium ketika melawat Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut, Tajung Demong sambil diperhatikan oleh Hussin Mat Ali (kiri). Foto: Nordin Mahadi

Oleh Nordin Mahadi

BESUT, 29 Jan (Bernama) -- Suatu ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik.Ramai lebih menggemari ikan laut yang lain seperti Aya, Tamban, Tenggiri, Bawal, Selar Kuning dan Selayang.

Namun kini keadaan itu berbeza kerana spesies ini mendapat permintaan yang semakin tinggi dan bakal menjadi ikan marin ternakan komersil utama di negara ini menjelang tahun 2010.Jabatan Perikanan mengenal pasti Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus sebagai antara spesies ikan yang berpotensi untuk diusahakan oleh penternak ikan dalam kolam dan sangkar di negara ini secara besar-besaran berdasarkan pasaran dan cara pemeliharaan yang lebih mudah serta sesuai dengan iklim negara.

Kerapu terdiri daripada pelbagai jenis -- badan yang berbintik dan berbelang-belang ialah Kerapu Hijau (Epinephelus Coioides) .Manakala antara jenis yang lain ialah Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttatus), Kerapu Pisang (Plectropomus Leopardus), Kerapu Sunoh (Plectropomus Maculatus) dan Kerapu Tikus (Cromeleptis Altivelis).


KERAPU KERTANG

Bagaimanapun Jabatan Perikanan telah memilih Kerapu Kertang (Epinephelus Lanceolatus) untuk dikomersialkan di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut memandangkan ia merupakan antara spesies mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Ketua PPPIL Tanjung Demong Hussin Mat Ali berkata pusat itu mensasarkan untuk mengeluarkan ikan tersebut sebanyak 122,000 tan metrik sebelum 2010.

Bagi memastikan sasaran itu tercapai, pihaknya terpaksa menghasilkan 100 juta benih spesies kerapu daripada 2,200 bilangan ikan induk bagi membolehkan ia diedarkan kepada penternak di seluruh negara dalam tempoh tersebut.

"Spesies ikan kerapu hidup hampir di keseluruhan perairan dunia itu dan ia dipilih memandangkan pasarannya yang kompetitif hanya dengan kos minimum berbanding spesies ikan marin yang lain yang memerlukan kos yang tinggi." katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.



TIDAK BANYAK MASALAH

Menurut Hussin, proses pembenihan dan penjagaan spesies kerapu tidak menimbulkan banyak masalah kerana ia boleh diternak melalui sistem dalam tangki tertutup atau dalam kolam air yang terkawal.

Beliau berkata, kerapu kertang pula mampu membesar sehingga 40 kg dalam tempoh yang singkat dan ia boleh dipasarkan sebaik sahaja mencapai keberatan 1.5 kg dengan harga RM60-RM70 setiap satu kg.

"Buat masa ini PPPIL mempunyai lebih 30 induk kerapu Kertang yang setiap satu beratnya melebihi 40 kg untuk tujuan pembenihan," katanya.

Selain kerapu, PPPIL juga sedang berusaha menyediakan 100 juta benih dari 4,000 induk ikan Siakap, 150 juta benih dari 6,000 induk ikan Merah dan 50 juta benih dari 400 ekor induk ikan Cobia.

Dianggarkan Terengganu pada masa kini mempunyai seramai 150 penternak ikan marin laut yang menggunakan sistem ternakan sangkar yang berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan seorang.

Penggunaan teknologi baru iaitu teknologi hatchery dan ternakan ikan marin berasaskan akuakultur kitar semula (Recirculating Aquaculture System) dijangka mampu menambahkan lagi pendapatan mereka kerana produk akuakultur ikan marin mencapai harga pasaran yang lebih tinggi khususnya di Eropah.



PENYELIDIKAN

Mengimbas kembali aktiviti penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut di Malaysia, Hussin berkata ia telah diasaskan sejak awal tahun 70-an lagi.

Bagaimanapun pembangunan industri itu agak lembab sehinggalah pada tahun 1980-an, menyebabkan wujudnya jurang permintaan dan bekalan benih ikan marin tempatan yang begitu ketara sekali sehingga kebanyakan pengusaha hatchery enggan melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan penternak lebih suka mendapatkan benih-benih import yang terdedah dengan ancaman pelbagai jenis penyakit serta sukar dikawal.

Menyedari hakikat ini Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (IPP) mempelopori aktiviti penyelidikan pengeluaran benih di negara ini di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) pada 1982.

Bagaimanapun, mulai 1985, aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih ikan laut berpindah ke Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut, Terengganu yang mula beroperasi pada 1984.



BENIH IKAN LAUT

Dari 1990 hingga 1998, pelbagai penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut telah berjaya dijalankan yang antara lain melibatkan spesies ikan kerapu biasa atau Orange-Spotted Grouper, Jenahak (Golden Snapper), Siakap Merah (Mangrove Red Snapper), Kerapu Harimau (Brown-Marbled Grouper) dan ikan Bawal Emas (Golden Pomfret).

Kejayaan Gondol Research Institute of Mariculture (GRIM), Bali, Indonesia yang berjaya mengeluarkan benih pelbagai spesies ikan marin termasuk jenis kerapu secara komersial, menguatkan lagi azam PPPIL untuk menyaingi kejayaan tersebut.

"Kita yakin akan dapat menyaingi kemajuan pengeluaran ikan negara-negara industri perikanan yang lebih maju seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Indonesia dan Thailand dengan program yang teratur dalam tempoh empat tahun ini," katanya.

BERNAMA

0 comments:

Search