ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Selamat datang ke blog TERNAKAN IKAN.Disini saya sekadar ingin mengisi ruang maklumat berkaitan informasi penternakan ikan yang mempunyai potensi untuk melahirkan lebih ramai golongan yang berminat dalam bidang ini.Saya juga mengalu-alukan penyertaan anda dalam menyumbangkan sebarang artikel atau maklumat yang berkaitan dengan penternakan ikan di malaysia dengan mengemailkanya kepada saya.

Sekian.Terima Kasih
NORHAN
jomhantar@gmail.com
Posted by Admin. on 12:01 AM




Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, bidang penternakan ikan atau akuakultur kini tidak lagi memerlukan modal yang besar, kawasan yang luas dan air yang banyak. Dengan penggunaan system filter ‘recirculation’ atau dikenali sebagai Recirculating Aquaculture System (RAS), bidang akukultur dapat diceburi oleh sesiapa saja yang berminat dengan kaedah yang lebih efektif dan efisyen dengan modal yang berpatutan. Sistem ini boleh digunakan untuk meraih pendapatan tambahan atau pendapatan utama.



RAS adalah proses yang menggunakan kitaran semula air dengan menternak ikan dalam tangki dan membiarkan air berkenaan memlalui sebuah tapisan (filter) biologi yang bertindak mengeluarkan bahan toksin daripada tangki tersebut. Setiap system filter RAS menjalankan empat fungsi utama iaitu membuang kumuhan di dasar, membuang kumuhan yang terapung, menukar atau membuang ammonia dan menukar gas karbon dioksida kepada oksigen. Proses membersihkan penapis ini hanya memerlukan masa 5 minit.


Penapisan ini mempunyai ketinggian 0.6 meter garispusat dan diletakkan bersama tangki fiber yang berukuran 4 meter garispusat X 1 meter tinggi X 4mm ketebalan. Tangki ini berupaya memelihara sehingga 1,000 ekor ikan seberat 500gram setiap ekor dengan kadar penukaran air rendah, yang secara langsung akan menghasilkan ikan yang berkualiti tinggi dan mempunyai harga yang tinggi di pasaran. Pembesaran ikan lebih cepat berbanding kaedah konvensional memandangkan persekitaran pembesaran di dalam keadaan optima.


RAS mempunyai banyak kelebihan berbanding penternakan menggunakan kolam dan sangkar. Antara kelebihan adalah:


* Kawalan sepenuhnya kepada persekitaran (suhu, air, cahaya)
* Pengurusan yang mudah
* Meniru habitat semulajadi ikan
* Pengawalan penyakit
* Penggunaan air yang minima
* Pengeluaran yang lebih tinggi
* Kualiti ternakan yang tinggi
* Mesra alam kerana tidak mengumul sebarang bahan toksik
* Harga tinggi ternakan


RAS juga tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan sesuai digunakan di kawasan yang keadah penternakan akuakultur secara konvensional lain tidak sesuai digunakan. Kaedah ini lebih insentif dan dengan kawasan seluas 40 kaki X 40 kaki berupaya mengeluarkan sehingga lima metric tan ikan setahun.

0 comments:

Search