ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Selamat datang ke blog TERNAKAN IKAN.Disini saya sekadar ingin mengisi ruang maklumat berkaitan informasi penternakan ikan yang mempunyai potensi untuk melahirkan lebih ramai golongan yang berminat dalam bidang ini.Saya juga mengalu-alukan penyertaan anda dalam menyumbangkan sebarang artikel atau maklumat yang berkaitan dengan penternakan ikan di malaysia dengan mengemailkanya kepada saya.

Sekian.Terima Kasih
NORHAN
jomhantar@gmail.com
Posted by Admin. on 12:58 AM



Pembiayaan disediakan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek dalam sektor penternakan


Aktiviti

Penternakan seperti lembu, kambing, burung puyuh, ikan air tawar dan udang


Syarat Kelayakan Asas
• Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
• Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah.
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00
• Mempunyai tanak sendiri/sewa atau projek usahasama dengan persatuan Belia/Agensi Kerajaan/NGO

Syarat Tambahan
• Seorang penjamin
• Usahawan perlu menyediakan 10% hingga 15% daripada modal keseluruhan perniagaan /projek
• Tapak projek berdekatan dengan pejabat operasi TEKUN

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan adalah berdasarkan keperluan projek yang dilaksanakan di antara RM500.00 hingga RM50,000.00

Tempoh Pembiayaan dan Kaedah Bayaran Balik

Tempoh pembiayaan akan mengambil kira tempoh projek dapat mengeluarkan hasil pertanian (maksima 5 tahun). Bayaran balik pembiayaan adalah mengikut ’grace period’ sehingga projek mengeluarkan hasil atau memilih membayar secara mingguan/bulanan/musim.


0 comments:

Search